Isnin, 25 Mei 2009

BALIK KERATONG.

Aku tak kerja, cuti tiga hari, Balik keratong.
Aku beretolak balik pagi sabtu, kerumah anakku , Basyirah di Maran.
Cadang nak bertolak pada petang Jumaat aku batalkan. Penat. Cuaca pun amat panas.
Sampai Maran, kampung Bukit Cempedak jam sekitar 11.00 pagi.
Lepas makan aku bertolak keKeratong dan tiba sekitar jam 4.30 ptg.
Isteriku kurang sehat. aku bawa keklinik pada malam 24 hb keklinik Zohar di segamat. Klinik lain banyak yang tutup,
Yatim cerita pada aku wak nak minta upah kerana buat beranda rumah aku yang tak habis lagi tu.
Mintak Upah konon......dia dah rosakkan rumah aku jadi hancur macam tu nak mintak upah. RM 2000 tu pun aku dah terlepas bagi. kalau ikutkan aku tak mau baya satu sen pun. Tengoklah rumah aku jadi macam mana? Kalau dia sanggup ganti balik apa yang dia rosakkan tu baru aku bayar upahnya.
Aku balik ke Kajang jam 9.30 pagi. singgah kedai bayar hutang mesin basuh. Ada baki lagi RM150.00 lagi. Bulan depan insyaAllah, habislah. Singgah kedai keta, nak ambil geran. tak siaplagi surat habis bayar. okeylah ...bulan depan saya datang.
Singgah rumah mak kejap. Mak pun dah terlalu tua. kalau tak tengok selalu.....susah juga....Dapat jengah kejappun jadilah.
Balik dari rumah mak, aku terus ka Key El......mana lagi kedai bukula......Fajar ilmu...Kedai buku Favourite aku. Beli tiga buah.....kopak gak 100 lebih. Bila nak baca, tak tau lagi. Tapi kalau tak beli buku dalam sebulan .....badan macam nak demam...gelisah semacam.
Balik sampai jam 6.00 petang. Suruh anak aku beli nasi goreng aja. Malas nak masak arini. Cuaca panassss.
Buka internet jap. Baca harakah, dan beberapa blog......
Tulis dalam blog aku ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan